* main * * biodata * * keluarga * * members * * galeri * * irc * * link *
*** S e l a m a t  D a t a n g  K e . . . . . .***
Awas!!!
Young Energy Really Dangerous
A Z L I   A Z M I ®  De' official site
Awas!!!
Assalammualaikummm.. Tima kasih la sebab korang sudi nak jengok homepage aku yang tak seberapa dan ke kuningan ni. Tak lama gak aku belajar buat homepage ni. Rupanya senang je bukan susah pun tapi kena rajin la kalau nak dapatkan hasil yang cantik. Ni pun aku buat ala kadar je sebab maleh. Dalam ala kadar pun hampir sebulan nak siap.Dah dasar pemaleh aku ni tak leh buat apa le. Bak kata orang zaman sekarang "Cakap tak guna, Tembak tak kena". Aku belajar buat homepage ni dengan "notepad" je atau advance sikit aku pakai software HomeSite v1.2. Tak reti aku nak pakai "Ms Frontpage" atau "Netscape Composer" ke atau yang canggih˛. Tok guru aku ajar pakai notepad ngan homesite ni aje, itu pun kira ok la.

So skang ni aku nak cite serba sedikit tentang diri aku kat korang. Nama aku seperti dalam kad pengenalan ialah AZLI Bin AZMI Aku adalah anak sulung dari dua orang adik beradik (sikit aje tak banyak). Adik aku ni pompuan umor dia 18 tahun muda setahun aje dari aku (korang kira sendiri la umor aku berapa) Aku dengan motor kesayangan Umah keluarga aku kat utara (Penang) tapi kampung aku kat Alor Setar(A.S), Kedah (pun Utara gak). Memang orang utara la aku ni. Ayah aku kerja sebagai Juruteknik kat Hospital Seberang Jaya. Dulu dia kerja kat Hospital Pulau Pinang pun sebagai juruteknik. Mak aku pulak skang ni bekerja dekat Hospital Sungai Bakap iaitu tempat tinggal aku skang(Quarters Hospital). Mak aku kerja sebagai Pembantu Tadbir   

Aku ketika umor 18 tahun

Aku keluar dari perut mak aku pada tanggal 6 June 1979 dekat kampung aku kat Alor Setar(A.S) jam 6.30 petang. Aku skang ni masih ada sorang nenek yang penyayang kat A.S. Nenek belah mak aku. Umor dia 65 tahun (kalau tak salah aku), sebaya dengan Elizebeth Tylor. Atuk belah mak aku tak sempat nak tengok macam mana rupa dia sebab dia meninggal masa aku belum lahir malah mak aku pun belum kawin masa tu dan masih dalam alam persekolahan lagi. Nenek dan atuk belah ayah aku pulak aku sempat la tengok. Tapi diorang dah meninggal. Atuk meninggal masa umor aku 5 tahun, nenek pula meninggal masa umor aku 16 tahun (tingkatan 4). 

N ak cite ape lagi? Pendidikan aku la pulak. Aku mendapat didikan awal dari keluarga. Kemudian aku dihantar bersekolah tadika dekat Madrasah kampung aku. Tamat aje pengajian aku dekat tadika tersebut aku mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Baru, Jalan Pegawai, A.S. aku sekolah kat sini setahun aje. Lepas tu aku pindah ke Bagan Ajam, Butterworth. Dari darjah 2 hingga 6, UPSR aku dapat 1A 3B (boleh la) Aku mula menempuh alam menengah dekat Sekolah Tun Syed Sheh Barakbah yang terletak dekat Sungai Bakap (tempat tinggal aku skang) .Gambar tengorak aku setelah di X-Ray Lepas PMR (aku dapat 3A 4B 1C...Alhamdullillah ! ! !) aku apply masuk Sekolah Menengah Vokasional Kulim (skang ni Teknik Kulim), aku diterima masuk mengikut aliran yang aku pilih iaitu Elektronik. 2 tahun aku kat sana. Memula tu memang tak seronok langsung tinggal kat asrama, tapi bila dah naik form 5 punya la best (bagi sesiapa yang pernah alami, dia akan paham). Bila dah habih SPMV ( yang ni aku dapat pangkat 1 agg.12. Alhamdulillah lagi sekali..) aku rasa sedih nak tinggal sekolah tu. kat sekolah tu la yang meninggalkan banyak kenangan manis buat aku. Kenangan pahit pun ada gak tapi aku tak ingat, cuma ingat kenangan manis ajeUniversiti Teknologi Malaysia. Tak payah la aku nak cite, kalau aku cite 8 bulan pun tak habih lagi. Dipendekkan cite lepas 6 bulan makan-tidur, aku menjejakkan kaki ke alam baru iaitu alam 'universiti'. Aku skang ni menuntut di Universiti Teknologi Malaysia atau ringkasnya UTM kampus Kuala Lumpur course Diploma Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Kalau ada rezeki aku nak sambung buat degree kat kampus induk UTM di Sekudai, Johor. Insyallah....

O key la skang nak cite hobi pulak. Hobi aku yang utama ialah main video games. Aku selalu main kat Kompleks Kotaraya kat K.L Aku main macam macam games. Tapi aku paling suka game Tekken 3* Tekken 3 *. Korang pernah main tak? Kalau tak pernah, try laa. Best woooooo. Selain tu aku minat games Street Fighter dan yang seangkatan dengannya. Haaa lagi satu aku minat main games yang tembak˛ pakai pistol macam Time Crisis 1 & 2, Virtual Cop2, House Of Death dan The Lost World Antara keempat-empat ni aku paling suka Time CrisisBodyguard aku dari Teluk Intan. Yang bahagian 1, boleh la dikatakan senang (aku dah main habih dah) Tapi yang bahagian 2 tu susah sikit. Walau macam mana susah sekali pun aku akan tetap habiskannya.

Aku rasa takat tu aje yang boleh aku cerita serba sikit tentang diri aku. Kalau ada masa aku sambung lagi.

Aku harap dah habih korang baca ni jangan la terus blah, jelajah la setiap pelosok dalam homepage aku ni. Kat atas tu ada beberapa chapter lagi yang korang belum tengok. O.K "Enjoy Your Surfing". See you when you get there..

Kalau ada sebarang pertanyaan, tak pueh hati, nasihat atau nak berkenalan sila email kat aku di: 
yerd@usa.net 
 
Oh ya! Sebelum aku lupa, ringan-ringan la tangan korang tu ke guestbook aku dan sign. Kalau nak baca pun baca la, kalau tak mau pun tak kisah. Tapi SIGN tu mesti, diwajibkan. Aku ulangi MESTI & WAJIB


Take your time to sign my guestbook
Sign la bukan kena bayaq Nak baca, baca aaaa